Saturday, November 21, 2009

memories~ remain untouched














geng reunion-13-15 nov 2009

Trip ke Melaka-Geng Pelepah Pisang(“,)

13nov-15nov

13nov2009

11am.

Lokasi: UIA PJ

Abes kelas kul 10 pagi dengan muka yang tersungging sengih since semalam tak sembuh2 lagi. Haha. Masalah2.

Happy. Of kos,sbb plan yang serius dibincangkan menerusi yahoomessengger-ing,facebook-ing,sms-ing n calling,akhirnye tercapai jugak hajat nak dijalankan. Kacawali friendster-ing,yang dah berabad di anak tirikan tu.


Sabar menunggu nab2,nyet2 n nad2 abes final exam diaorang untuk bincangkan plan ni dengan lagik detail.

Before kuar kolej,melantak nasik kat kafe merangkap breakfast sebelum bertolak ke pudu naik bas jap agi. Masa makan hampir tersedak sbb tiba2 hanset kesayangan aku yang bakal di campak kan ke sungai kelantan sooner,or later berbunyik agak nyaring. Saje guna volume paling kuat. Nak suh kasik annoying sikit. Hahaha.


Unknown number.

Ek? Malaun mane lak nak mengacau hari bahagia aku nie?

Ehem.

“hello. Assalamualaikum.” Bajet sopan dan ayu.

Salam bersambut.


N the rest,malas nak citer. Cuma agak nak terbalik dari kerusi makan kat kafe tu sbb dengar suara pompuan yang matured dan tegas di hujung talian bertanya”awak nie anis hafizah ke?”ceh. jarang nak dengar orang sebut full name aku tu.. haila2.ingatkan aku buat salah apekebenda la pulak.Perlu ke kol aku masa aku tengah siap ready nak meninggalkan segala problems dan keje2 kat uni nie kat belakang selama tiga hari nie je? Perlu ke?

Waaaaaaaaaaaaaaaa*nangis sambil hentak kepala dgn hanset*


Hiperbola.


Tapi nak tak nak kena selesaikan gak dulu.

Urusan nak dapatkan extra biasiswa.


Sekarang kena antar melalui faks pengesahan pendapatan bapak aku,ASAP/ kalo tak,permohonan kena tolak. Agagaga. Tuh yang tibe2 tukar speed makan nasik dengan tibe2. Menyuap laju sampai nakk tercekik. Hak3. Berkejar ke pejabat mahallah(hostel). Mendapatkan no. Faks. Buat kol ke kelantan. Settle. Baru la berkejar ke pintu masuk utama. Tercegat kat depan gate menunggu bas metro 12 atau pun rapid85.


Nasib macam baik je. Tak sampai 5 minit tercegat macam tiang letrik kat situ,bas metro yang macam canggih je sampai. Haha. Babai uia.. aku sgt happy. Tersengih je masa bayau tiket ke pudu. Rm2.50.


Kul 12 pm. Tepat. Menaiki bas ke Puduraya. Kali ke tiga kalo tak silap aku. Dua kali masa duk kat melaka. N ni kali ke tiga. Dari pj.


Kul 12.30 pm sampai kat pudu. Masuk dalam Hentian Puduraya menunggu kat platform 6,macam arahan dari Nab2,mintak nak jumpa kat situ. Ceh.aku sampai setengah jam awal. Nasib ah. Tunggu je laa. Sambil tunggu sambil tgk tv. Tapi penantian aku selama setengah jam yang aman tuh macam dikacau bile ade sorang minah tibe2 datang pijak kasut aku.

Drastik berpaling muka dari tv ke tuan punya badan yang menunggu masa je nak kena terajang sbb suka hati badak dia je nak pijak2 kasut aku.


“Nyet2!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Wawawawa. Marah geram tolak tepi.

Nyet2 sengih selamba je tengok aku muka terperanjat tgk dia. Haha. Malaun tul nyet2. Nab2 kat belakang dah gelak2. Terus peluk nyet2. Peluk nab2. 7 bulan since habes matrik,tak jumpa. Huhu.


“begitu rindukan aku kah?”nyet2 gaya riak.

“puh-lease.” Aku malas nak melayan.


“kata nak gi mydin lu beli stok makanan.mane nye? Kosong je tangan lenggang je jalan. Dah ar aku punya buah tangan tak bawak pun” anis hafizah masuk mode budak-manja-tapi-tak-dilayan setelah sekian lama tak berperangai macam tuh.


“banyak besar ko punya daulat.”nab2 mencebik.


Nyet2 gelak je. Aku tarik muka 14. Macam biasa ah. Sakit jiwa kalo nak layan nab2 neh. Haram jadah dia tak layan aku. Baru terperasan nyet2 bawak luggage sederhana besar ngan beg-pink dia yang dia pakai kat matrik dulu tu yang digalas kat belakang.


“woi a’an. Bapak banyak barang ko bawak. Tak nak balik2 ke? Kita gi 3 hari je laa..” aku ketawa.

“aku dari upm aaa..nak balik johor terus lepas nie.” Minah tu menarik muka. Haha. Tak berubah.

Sharing moment n sesi jejak kasih tak lama. Nab2 bising terus suh gerak gi makan lu sementara menunggu kul 2.30,bas kitaorang yang akan bertolak ke melaka,direct ke masjid tanah,desa indah permai terchenta.


Melepak kat kfc makan lunch la kira. Macam biasa. Bising2. Gelak2. Suasana yang da lama aku tak jumpa dan rasa. Hua3. It is a long time after all. N of kos,kena gelak bila aku selamba je tuang sos tomato dalam burger zinger aku. Nab2 gelak paling tak leh blah. Tak habes2 gelak kan aku pasal isu aku tak makan pedas nie sejak dulu agi.


“macam budak2.” Nab2 geleng kepala,gaya dia budak besar je kot.


“ade aku kesah?yang nak tanggung pedasnye mulut aku. Bukan mulut ko” aku menjulingkan mata

ke atas,sambil terus menyuap zinger ke mulut. Haha. Kerek semacam. malas nak melayan budak2 tak cukup umur tuh.kalo tak sampai jumaat tahun depan pun takkan abes. Wedges da selamat masuk perut first2 lagi. Haha.


Pukul 2.30 bas bertolak ke melaka dengan happynye. Aku duk ngan nab2. Mula2 maintain muka segar je. Lepas setengah jam,hanyut ke azerbaijan. Nab kat sebelah tatau ah tido ke tak. Masa aku terjaga.da masuk melaka,n da lepas bandar alor gajah. Nyet2 masih lena statiki tak bergerak.

“nyet2 hidup lagi ke tuh?” soklan kejam yang just tersekat kat kerongkong.


Tepat pukul 4.30.macam yang di-shedule-kan,kitaorang menjejakkan kaki kat Perhentian Teksi Masjid Tanah. Pekan Masjid Tanah yang dah menyimpan2 macam2 sejarah dan cerita.


Lepas mengeluarkan beg dari bawah bas,kaki dihayun laju ke surau kat sebelah mak cik jual goreng pisang. Solat jamak takkhir asar-zuhur. Lepak kat situ menunggu cikgu n nad2,yang dah sampai dari batu pahat lagi awal datang ambik. Menunggu kat bus stop tu dngn sabar.


Kul 5.30 lebey cikgu sampai ngan nad2. Letak beg2 kat bonet,masuk kete,salam2,n bising2 dalam kete sampai la ke Pengkalan Balak.sebelum straight ke Pengkalan balak,cikgu bawak masuk matrik n pusing2 kolej lu mengenang kembali kenangan lalu. Hak. Hak. Hak. Matrik da sikit berubah. Huhu. Lalu depan blok aku ngan nab,B2,haihh. Tak leh gambar macam mana rasanye masa tu.

Macam yang da plan,kitaorang akan bermalam kat salah satu chalet kat Pengkalan Balak.Chalet yang ade kosong is Chalet Astana Edayu. Nama macam pelik je. Haha,abaikan. Jalan masuk tak bertar. Bunyi ombak makin menarik senyum aku je. Sngt best dekat dgn laut. Huhu. Depan bangunan chalet ade satu sangkar monyet. Hahahahaha. Guling2 aku ngan nad ngan nab gelak kan nyet2. Nyet2 kata”saudara jauh aku laa tu”. Hak3. Slack,sbb kitaorang tak plan nak bawak pisang pun.haha.


Cikgu menunggu di dalam kereta kat tepi jalan sementara menunggu kitaorang selesaikan urusan check in n pembayaran. Masa tanya kakak reception pasal bilik,soklan paling tak ley bla is”akak,bilik tu ade tv tak?” aku tanya. Haha. N nyet2 baik hati je gi sambung”kitaorang nak tgk nur kasih la malam nie.” Hahaha. “perlu ke bagitau kakak tu nak tgk citer ape?”nab2 da muka stress. Haha. Mmg tak leh nak kata ape la.


Macam2. Selesai urusan check in. Rm130,dua malam. Tuh pun kurang rm10 setelah nab2 berusaha tawar menawar. Wiken. Biasalah mahal sket. Tapi ape kesah. Janji da sampai melaka. Da sampai pengkalan balak.


Lepas tu cikgu bawak gi makan nasik. Gambau2 masa makan nie ade kat fb cikgu. Mmg sakan melantak. Ikan siakap masak tiga rasa yang paling dapat sambutan. Lima orang makan. Gaya macam lima belas orang makan je. Nganga aku bila time cikgu nak bayau harga.


Lepas tu cikgu hantar balik ke pengkalan balak balik. Wat naik barang2. Cikgu masuk tgk bilik kitaorang. Lepak2 dan borak2. Gelak2 dan gaduh2.


“cikgu,rumah anda tak bertangga kah?” soklan nab2 yang wat aku menarik senyum segaris. Soklan yang da lama kitaorang tak tanya cikgu. N Puan Dewi sengih selamba je macam biasa menjawab soklan tu. Cikgu balik selepas baru sedar hakikat yang rumah dia mmg bertangga. Sebelum pulang Puan Dewi sempat wat gaya mak-mak,memesan agar kitaorang kunci pintu sebelum tido malam nanti. Haha. Baikk. Maghrib makin nak ke penghujung. Solat jamak taqdim maghrib-isyak di antara katil queen dan katil bujang yang ade dalam bilik tu. So far,bagi aku not bad. Selesa la untuk 4 orang.


Ade tv sebijik. Even tak besar,tapi semua siaran ade even tader astro. Yang penting tv 3 sgt jelas dan terang. Tv 3 la yang laju jek aku carik dulu masa mula2 bukak tv tuh. Haha. Kalo tak de tukar tv! Hak3.


Bukan main sedih kalo terlepas nak tgk nur kasih nanti. Hak3.

Malam nye lepas tgk nur kasih,keluar mencarik makanan ngn nad2. Nab ngan nyet2 dah kuar dulu sebelum kitaorang. Makan satay yang tak berapa sedap sgt,tapi licin je kena bedal sbb lapar. Haha. Malam tu tido pkul bape pun ntah la. Bising lepak2,gelak2,borak2,tgk tv,nab berebut katil bujang sorang tu ngan nyet2,tapi nyet2 menang sbb dia cop dulu,bising nyet2 ngan nad2 dok bergaduh je keje nye 24 jam. Macam2 hal. Aku pun naik pening nak melayan. Haihh.


14 Nov 2009


Lokasi: Pekan Masjid Tanah

10.00am

Bertolak ke melaka sentral menaiki bas Pat Hupp. Dalam bas sgt la seksa sbb sgt sempit tempat duduk dia. Sampai kat melaka sentral seperti yang diarahkan oleh Puan Dewi,kul 11 pagi. Breakfast kat McD. Mmg kalo jalan ngan diaorang taram fast food punya makanan je hari2. Gaya hidup tak sihat betul. Hak2. Nak dekat pukul 12,cikgu ambik kat main entrance Melaka Central. Cikgu bawak kete dengan lajunye ke satu destinasi yang aku tatau. N aku tatau la ape yang dia nak kejar sngt masa tu. Malas nak pikir. Sbb duk kat belakang mmg pening sbb pusing2,kena himpit lagi. Haha. Nyet2 kat tengah saje je nak kenakan aku. Mentang2 dia dok tengah2. Huh.


Tepat 12.30 sampai. Jumpa parking. Turun kete. N cikgu tergesa2 jalan. Ek? Tak sempat nak tanya pape. Semua orang ikut je. Ke manakah? Aku blurr. Redah je la ape nak jadik pun. Rupa2 nye gi tgk wayang. 2012. Cikgu da ade tiket. Oh. Patut aa kalut ribut macam taufan je bawak kete tadi.

Citer 2 jam setengah. Setelah memacam perasaan masa tgk citer. Kuar2 je window shopping jap. Masuk kete n cikgu naik kete dngn mood-ribut lagik mencarik masjid mengejar waktu solat zuhur yang da tinggal hujung tanduk. Kitaorang solat jamak taqdim zuhur-asar kat Masjid Selat Melaka. Wahhh.. view yang sgt best n lawa. Sayang sbb sony erricson c510 aku masih tak dapat dibawak ke alam nyata masa tu. Kalo tak,banyak sgt view yang gile punya lawa dan best yang aku nak rakam dalam satu detik yang mati. Sabau je la anis hafizah.


Lepas semayang dan sedikit photoshooting kat pinggir selat melaka,berlatarbelakangkan Masjid Selat Melaka yang besau itu,kitaorang gerak gi minum petang kat Perhentian Kuih Kampung. Segala jenis mak nenek kuih-muih ade. Dari yang spesies klasik hingga ke sekarang. Haha. Hentam je ape yang terasa boleh nak di telan. Cikgu menghantar ke melaka sentral balik nak dekat pukul 5.30. mengucapkan farewell,salam2,peluk2,n menghantar kete cikgu hilang dari pandangan dengan pandangan kosong,teared-eyes,dengan senyum tawar segaris kat muka keruh aku. Kali ni lain. Cikgu datang macam ribut. Dan hilang macam angin. Kejap sngt..


Kat melaka sentral,menaiki bas ke Masjid Tanah tepat pukul 6. Dalam bas sempat tertidur lagi kat bahu nyet2 yang duk kat sebelah aku. Minah tu siap ambik gambau lagik aku tido. Sengal tol. Tapi siryes sngt penat. Lesu semacam je. Sedar2 je da sampai Perhentian Teksi Masjid Tanah. Terus grab sebijik teksi,n balik ke Pengkalan Balak. Sampai bilik,maghrib dan isyak,lepak2 melayan tv sejam,dan kuar gi gerai makan berdekatan makan malam. Sebelum balik beli cucur udang yang nab ngan nad2 dok bising kata sedap tahap gaban tuh untuk supper.


Malam tuh diaorang tiga orang gadoh2 lagik. Jerit2. N aku tukang ulang ayat ni”woi!!jangan jerit2 lah. Nanti jiran sebelah marah!!”sambil pegang bantal dengan kuat get ready nak libas sesape yang tak dengar kata.


“da malam last pun nak gadoh2 lagi ke..” rendah je aku menuturkan pada bantal kat tangan. Tapi bila melihat diaorang tak layan pun aku yang dah bercekak pinggang muka tension je,aku pun malas nak ambik kesah dah. Lantak korang ah. Sakit jiwa aku melayan budak2 tak matang neh. Layan tv lagik best.


Paling tak leh lupa yang aku sakan gelak terguling2 is bila nab2 kena baliing sikat ngan nad2. Hahahaha. Kecoh gile masa tu. Tu laa. Aku dah kata jangan gado2 lagik tadi. Tak nak dengar. Kan da ade kes kemalangan jiwa. Hak3. Nyet2 ngan aku tukang gelak je. Tapi kepala nab benjol jugak ah. Aku ngan nad2,si pesalah yang turun ke bawah mengambil ais nak tuam bengkak tu. Haha. Mmg havoc nak mati. Aku pun penat nak melayan diaorang. Macam budak2. Gado sbb menda tak munasabah pulak tu. Apape je la. Malam tu nab2 tido dengan ketulan ais berbalut tuala kat kepala. Haha.


15 nov 2009


Lokasi: Chalet Astana Edayu,Pengkalan Balak

9.00 pagi

Nyet2 ngan nad2 bertolak dulu ke Melaka Sentral. Bas diaorang pukul 12.30 hari tu. Salam2,peluk2,n berpisah kat situ. Aku ngan nab2 akan naik bas kat Masjid Tanah je direct ke pudu. Pukul 11 pagi,aku ngan nab check out,pulangkan kunci dan seterika. Sebelum kuar dari kawasan chalet,mengambil gambau anak monyet sedara jauh nyet2 barang dua tiga keping dulu guna hanset nab2 untuk kenangan dan bakal diletakkan kat facebook dan ditagkan dengan nama nyet2 nanti. Haha.. Berjalan mengambil angin kat tepi pantai sebelum naik teksi ke pekan masjid tanah. Bas pukul 3.00 petang. Lama gak melepak kat tepi pantai pengkalan balak. melepak kat atas banana boat yang kitaorang penah naik dulu masa aktiviti kelas kat situ. Sgt nostalgik dowh. Satu kerugian dan kekurangan,sbb tak semua orang ade kat sini sekarang,hanya aku,dan nab.



Sebelum naik teksi balik,kitaorang mengambil angin sepuas2 nye kat tepi pantai tu. Lambat lagi rasanye,kalo nak datang balik kat sini. Dan tak mustahil,kalo tak datang2 lagi dah. Menda esok yang kita tak leh jangka dan agak. Plan,macam yang dirancang,semua berjalan elok kat sini. Cuma plan aku nak melepak lebih lama kat matrik makan kat kafe B tak kesampaian sbb tak de masa nak celah nak gi lepak matrik. Nak jumpa ex-rumet aku,Bib pun tak sempat. Nak jumpa geng basket aku dulu pun tak sempat. Huhu... sedey2. Nak mandi kat pantai pun tak sempat. Segalanya macam rushing dan terkejar2 masa kat sini. Nyet2 ngan nad2 terkejar2 balik. Lepak ngan cikgu pun macam terkejar2 je.


Tapi da boley jumpa senua yang join trip nie,kira ttp a bless. Syukur sbb tak de menda yang buruk berlaku sepanjang perjalanan pj-pudu-msjd tanah-pudu-pj tuh. Even memacam menda yang menuntut kesabaran aku jugak.


Ttp terkilan sbb faridah,kak hanum,zakwan ngan naem tak leh join. Tak cukup geng. Ttp rasa kosong satu space masa kat sini. Tapi maybe next time huh? Yeah. insyaAllah. Cikgu pun da kata,jadikan la trip ke melaka ni acara tahunan.. bajet comel je. Haha.


3 hari ke melaka,pergi untuk mengimbas balik detik sepanjang setahun kat sana. Ups, n down. Susah dan senang. Jatuh dan bangun.

Tempat yang aku blaja,untuk jadi aku yang hari nie. Tempat yang aku jatuh,dan tempat yang aku bangun balik.


Dan aku percaya,bukan aku sorang je,tapi kitaorang semua,berkongsi benda yang sama.

Melaka,matrik melaka,masjid tanah,mahkota parade,pengkalan balak,tanjung bidara.

Setiap satu,bila nama2 tuh terngiang kat telinga,tersebut kat mulut,tertengok kat gambar2 dalam facebook sesiapa saja.. acapkali,membuatkan semua orang akan tersengih sumbing,bila teringat menda2 pelik dan jahat yang penah dibuat kat situ,n tersenyum tawar segaris 3 saat,bila teringat menda2 happy,yang pernah di lalui dengan semua orang.


Kita semua berkongsi menda yang sama.

Kita semua,berkongsi memori yang sama.

Kita semua berkongsi pengalaman yang sama.

Kegembiraan yang sama.

Kesedihan yang sama.


Setiap menda yang da jadik,even kita semua memandang nye dengan pandangan yang berbeza,tapi aku sgt yakin,semua orang merasa perasaan yang sama,yakni,semua orang,sangat happy masa tu.


Haha.


Shakespeare+A. Samad Said gile.

Abaikan that part. Read between the lines.

Sekalung penghargaan untuk Puan Dewi berdaulat yang banyak membantu masa kat melaka last 3 days. Sapot makan minum,transportation(even bawak kete kalah mcm nak masuk formula one je),n segala2 nye.


Thanks. A lot.

Big hug untuk semua yang involve dalam trip nie.


Nab2-the master plan.

Nyet2.

Nad2.


N yang tak dapat join,tahun depan kita arrange lagik satu trip no 2 eyh? Haha.

InsyaAllah.

Daa.

The End.